Sabtu, 31 Januari 2009

Perjuangan kita....

Orang yang mengaku dirinya adalah keturunan Melayu mesti ingat perkara ini; sejarah penjajahan fizikal dan minda umat Melayu sejak kejatuhan Kesultanan Melaka hinggalah kemerdekaan pada 1957. Sekali kita lupa lagi sejarah ini, entah berapa ratus tahun pula kita akan dihina, dicaci dan dipijak oleh bangsa lain yang semakin hari semakin bongkak dan sombong dengan kuasa politik dan ekonomi di tangan mereka. Adakah kita mahu lihat anak cucu kita nanti terpaksa menagih simpati bangsa lain untuk mendapatkan biasiswa pelajaran ataupun melihat situasi di mana masjid-masjid tidak lagi dibenarkan melaungkan azan? Sudah tentu Melayu Islam yang waras dan masih berakal akan mengatakan tidak.

Namun jika kita lihat senario sosial dan politik tanah air semasa, keadaan tidaklah seperti yang diharapkan. Ada sahaja suara-suara sinis dan tajam dari kaum lain yang mempersoalkan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera yang telah pun terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ada manusia di Malaysia masih tidak sedar diri dan busuk hati dengan mudahnya mendakwa kaum mereka diancam oleh penghapusan etnik oleh orang Melayu dan begitu mudah mereka memaki-hamun orang-orang Melayu dengan ancaman “revolusi”. Dan ada pula yang mempersoalkan pemberian hak-hak istimewa untuk kaum Melayu Bumiputera dengan alasan “kesamarataan antara kaum dan keadilan sosial”. Apa lagi yang tidak adil, dimana kaum mereka menguasai segala kegiatan ekonomi dan kekayaan negara. Sudahlah ekonomi pun hampir mutlaknya dikuasai mereka, secebis hak-hak Melayu pun hendak diganggu dan dipadam lagi!

Adakah menjadi suatu masalah Dasar Ekonomi Baru(DEB) terhadap kaum bukan Bumiputera? DEB sebenarnya sudah lama tamat dan matlamatnya untuk menaikkan ekuiti Bumiputera hingga paras tiga puluh peratus tidak tercapai jua, namun mereka ini masih mengatakan ini dasar yang sangat rasis dan prejudis. Agaknya mereka ini sungguh tamak dan begitu rakus mencari kesenangan hidup untuk bangsa mereka sahaja. Hanya tiga puluh peratus, bukan seratus peratus! Itu pun tak tercapai, jadi apa masalahnya? Mereka ini begitu rakus dengan kekayaan dan kuasa sampai kita sebagai golongan majoriti pula yang terpaksa mengikut segala kata dan kehendak mereka. Patutkah perkara ini berlaku? Sehingga kini kita belum pernah mendengar cerita bahawa ada orang mereka dipaksa menjual perniagaan mereka kepada Bumiputera kerana dasar DEB! Tetapi yang sebenarnya, kaum merekalah yang makin bertambah jutawan dan bilionair hasil daripada DEB sendiri. Berapa ramai bilionair Melayu yang wujud berbanding kaum mereka?

Sesungguhnya Melayu harus sedar bahawa golongan-golongan ini sentiasa mencari peluang untuk menguasai kita secara mutlak, agar mudah mereka menguasai segala kekayaan negara ini untuk kepentingan mereka sahaja. Jangan kita mudah sangat takut dengan gertakan mereka kerana kita orang Melayu mesti berikrar kita tidak akan menggadaikan maruah bangsa kita di tangan orang-orang yang tamak dan hasad ini. Kita jangan hanya menjadi harimau yang tiada gigi dan kuku, hanya mampu mengaum tetapi tiada suatu hasil dan tiada siapa yang takutkannya. Kita tidak mahu lihat lagi orang Melayu menjadi takut dengan orang lain atau bangsa lain lagi. Cukuplah beberapa ratus tahun dibawah jajahan bangsa lain yang sudah hampir-hampir berjaya mematikan jiwa dan raga Ketuanan Melayu.

Bukan bermaksud mengancam bangsa lain, tetapi ini adalah logik akal yang semua orang perlu terima. Sebagai contoh, kita lihat negara China sendiri. China adalah sebuah negara yang begitu besar dan rakyatnya tersangatlah ramai. Walaupun mereka terdiri daripada berbagai-bagai suku namun di hati mereka tersemat “kami adalah Bangsa Negara China”. Tengoklah apa yang berlaku di Tibet. China menganggap Tibet adalah sebahagian wilayahnya walaupun golongan Tibet sendiri ada yang menentang kuasa China. Hak majoriti (kuasa China) melengkapkan kuasanya ke atas Tibet (lebih kecil dan lemah). Jadi situasi ini perlu dipadankan dengan keadaan Malaysia pula. Orang Bumiputera yang memang sejak dahulu kala mendiami tanah ini, masakan boleh dicabar tentang hak-hak istimewanya? Hak-hak istimewa itupun jika diperhalusi, tiada membawa sebarang masalah besar terhadap kaum lain. Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, telah tertulis hak-hak istimewa Melayu Bumiputera dalam Perlembagaan, tetapi adakah kaum-kaum lain dihalang menjalankan ekonomi dan meneruskan hidup? Adakah diantara mereka yang dipaksa meninggalkan identiti kaum dan “masuk Melayu”? Toleransi yang sedia ada memang sudah besar dan baik. Perayaan kaum-kaum dan agama lain selain Islam masih dibenarkan, malah diberi cuti umum pula. Semuanya dianggap sebagai berhak untuk membuat segalanya mengikut undang-undang, tidak ada beza mengikut indentiti kaum juga.

Kita sebagai orang Melayu tidak pernah mempersoalkan hak-hak kaum lain untuk mengamalkan kebudayaan dan agama mereka. Semua telah terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan kita. Walaupun lebih daripada separuh daripada populasi Malaysia beragama Islam, lebih banyak kuil Hindu dibina daripada masjid di sini. Tetapi beberapa buah kuil Hindu yang dirobohkan kerana menyalahi undang-undang diperbesarkan menjadi isu panas dan tegang antara kaum dan agama sejak akhir-akhir ini. Apa tujuan mereka sebenarnya? Mereka mahu agama mereka menjadi agama rasmi negara? Ada anda dengar dan membaca ada dasar dalam perundangan negara yang melarang agama lain diamalkan dalam negara selain Islam? Tidak ada. Orang Melayu sendiri sebenarnya sangat toleransi dengan agama lain, sebab itu orang Melayu pada zaman dahulu begitu mudah menerima Islam pada zaman kedatangannya. Bukan hendak berbangga kerana itu ditegah agama, tetapi ini hanya sebagai bukti dan peringatan kepada orang-orang lain yang lupa sejarah.

Orang Melayu juga harus sedar bukan bangsa Melayu sahaja yang wujud dalam dunia, tetapi berbilion-bilion lagi manusia juga bersaing untuk terus hidup. Jadi dengan ini nampak rasional bahawa orang Melayu patut mempertahankan beberapa hak-hak istimewanya yang menjadi warisan sejak turun temurun. Orang-orang Melayu khususnya di Malaysia hanya beberapa juta sahaja, tidak menyamai dengan kaum-kaum lain di dunia yang lebih ramai seperti kaum Cina dan India yang berbilion jumlahnya. Demi survival bangsa, dengan kaedah yang tertentu dan relevan serta selaras dengan kehendak agama dan moral, hak-hak keistimewaan Melayu tersebut bukanlah suatu yang rasis, namun adalah sebagai suatu langkah menjaga kedaulatan dan kewujudan kaum Melayu Bumiputera sendiri. Kalau bukan Melayu sendiri, siapa lagi yang akan mendokong wawasan dan survival bangsa ini?

Selama wujudnya hak-hak istimewa ini, kewujudan kaum lain tidak pernah dipandang enteng oleh orang Melayu sendiri. Beri bukti ada orang Melayu yang mahu suatu undang-undang patut digubal untuk mengurangkan dominasi ekonomi orang bukan Bumiputera dalam negara? Tidak ada. Hak-hak Bumiputra ini adalah sangat asas sekali dan merupakan aset yang patut diwarisi oleh pewaris bangsa Melayu dan Bumiputera. Dari segi moralnya, ini merupakan suatu amanah nenek moyang kita yang tidak patut kita buang dan pijak begitu sahaja. Sudahlah mereka (nenek moyang kita) bersusah payah hidup di bawah tekanan orang lain dan penjajahan dan akhirnya kita bebas, patutkah kita sebagai pewaris boleh melupakan sahaja warisan dan wasiat tersebut? Melayu harus sedia dan akan mempertahankan warisan ini, walau apa pun yang terjadi. Jangan sesekali kita menggadaikan maruah bangsa ini dengan apa nilai atau harga sekalipun kerana warisan itu tidak ternilai besar harganya-pernah dibayar dengan darah, airmata, jerih-payah, kemiskinan dan kesusahan nenek moyang kita.

Untuk golongan Melayu yang masih terlena dan tersengguk-sengguk dengan buaian masing-masing, ayuh bangun segera! Jangan sampai suatu saat di mana anak cucu anda merempat dan meminta belas ehsan orang atau kaum lain, baru hendak menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Bertindak sekarang dengan memperkasakan bangsa kita dengan kekuatan , baik kekuatan ilmu pengetahuan ataupun kekuatan politik dan fizikal. Perpecahan dalam umat Melayu bukan hanya melemahkan kesatuan kita, tetapi menyebabkan kaum-kaum lain bergelak-tawa dan gembira melihat perkembangan ini. Semakin hari sedikit demi sedikit kuasa politik orang Melayu dicabar dan dipersoalkan oleh golongan yang dengki ini. Ada yang sampai berani menyebut bahawa tidak mustahil Perdana Menteri bukan Melayu boleh wujud di Malaysia? Nah, inilah yang berlaku apabila kita alpa dan terleka dengan kerenah kita sendiri. Tinggalkan segala perkelahian dalam bangsa kita, kerana pergaduhan sesama sendiri hanya melemahkan kita, bukan kaum lain.

Melayu perlu sedar bahawa kuasa bukan Bumiputera di Malaysia sudah berkembang sejak peristiwa 13 Mei lagi. Sebagai contoh, dalam Barisan Nasional wujud MCA dan Gerakan yang dianggotai oleh kaum Cina. Kita tahu jika timbul masalah besar pada masa hadapan, adalah tidak mustahil mereka ini akan berpaling tadah kepada wadah DAP atau sebagainya yang juga dikuasai oleh kaum itu. Melayu? Orang UMNO dan PAS memang dari dahulu tidak sebulu dan sehaluan lagi. UMNO sebuah parti kaum Melayu mempunyai ideologi nasionalisma sayap kanan yang boleh dikatakan berpandangan sekular walaupun mempunyai asas agama dalam partinya, manakala PAS memang diketahui mempunyai ideologi Islamik yang sangat kuat dan bercita-cita mahu menegakkan sebuah Negara Islam mengikut model fahaman PAS walaupun kerajaan Barisan Nasional sekarang melalui UMNO telah mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Namun sampai sekarang, hanya UMNO sahaja telah membuktikan mereka boleh memimpin negara dan telah diberi kepercayaan oleh kebanyakan Melayu hingga sekarang, walaupun sokongan itu dilihat makin suram dan menurun. Sebelum ini telah timbul isu di mana kemungkinan UMNO dan PAS akan bersatu semula di bawah satu payung demi keselamatan dan perpaduan Melayu namun isu ini hilang begitu sahaja. Ideologi dan kepentingan masing-masing mungkin menjadi sebab utama mengapa penyatuan ini sukar diteruskan.

Mengikut situasi ini sebenarnya orang Melayu telah berpecah kepada empat kelompok besar; yang menyertai UMNO, kelompok PAS, kelompok Keadilan Rakyat dan kelompok yang tidak mengikut mana-mana parti. Secara kasarnya, kelompok yang tidak menjadi ahli mana-mana parti ini adalah sangat besar dan memainkan peranan yang penting semasa pilihan raya umum. Mereka ini akan memerhatikan segala tindakan kerajaan mahupun tindakan pembangkang dan membuat keputusan pada masa pilihan raya. Jadi apa yang penting, jikalau terlalu susah sangat pun untuk mereka ini membentuk suatu ikatan khas Melayu, pada asasnya semangat pertahanan dan kekuatan politik Melayu tidak boleh digadaikan dengan cara apa sekalipun. Politik negara yang semakin kacau-bilau dengan tuntutan bukan Bumiputera yang melampau dan mencabar kesabaran Melayu boleh merosakkan situasi keamanan negara dan mengganggu perjalanan ekonomi negara. Kesabaran memang boleh dipupuk dan ditahan namun semua orang perlu ingat, kesabaran adalah subjektif dan ada hadnya. Jika sudah begitu serius dan sangat-sangat melampau, kita orang Melayu mesti bertindak pantas dan berani menentang mereka yang begitu celupar dan rakus kuasa ini.

Secara amnya, semua orang Melayu harus sedar dan ingat bahawa langit tidak selalunya cerah. Jangan terlalu berpuas hati dengan apa yang kita capai. Bukan bermaksud untuk menjadi tamak, namun sekadar untuk mempertahankan hak dan warisan kita daripada terus cuba dicuit dan dikoyak-koyakkan oleh mereka yang tidak mengenang budi dan sombong. Kejayaan sesuatu kaum terletak di tangan kaum itu sendiri. Kekuatan ekonomi orang Cina di Malaysia mungkin kerana sifat mereka yang tidak pernah putus asa mencari kesenangan hidup di dunia. Jadi kita juga orang Melayu mesti ada jati diri yang kuat untuk memajukan bangsa kita. Sebagai contoh umum, beberapa sifat Melayu yang negatif seperti berprasangka buruk sesama bangsa dan cepat dengki dengan kesenangan orang lain (kaum sendiri khususnya) harus ditolak jauh-jauh. Sebagai orang yang sayangkan bangsanya, kita harus menyokong segala kegiatan baik yang diusahakan oleh orang kita. Jika kawan kita membuka hatta kedai runcit yang kecil pun berdekatan dengan rumah kita, berilah sokongan kepadanya bukannya dengan dengki atau terus-terusan menyokong dan membeli daripada kedai-kedai kaum lain. Bukan untuk menjadi rasis, tetapi ini adalah suatu nasihat di dalam kaum kita sendiri. Kaum Melayu.

Telah menjadi kebiasaan di Malaysia sejak dahulu lagi apabila kita menyusuri pekan-pekan dan bandar, susah untuk kita mencari gedung perniagaan milik Bumiputera kecuali beberapa tempat sahaja seperti di Kelantan, itupun tidak begitu besar berbanding dengan pencapaian kaum lain juga. Jadi dimana letaknya kekuatan ekonomi Melayu atau Bumiputera? Kita tidak boleh lagi menjadi bangsa yang hanya menjadi pengguna yang makan gaji tanpa mengeluarkan sesuatu. Bukan tidak ada, memang ada Melayu yang telah berjaya menjadi usahawan yang kaya-raya dan berjaya namun masih ramai Melayu yang sangat miskin dan susah seperti yang kita lihat dalam rancangan Bersamamu terbitan TV3. Masih ramai anak Melayu yang gagal dan tercicir dalam pelajaran walhal anak-anak Cina dan India berlumba-lumba ke universiti, malah begitu ramai di antara mereka yang belajar hingga ke luar negara. Memang sudah ramai anak Melayu juga yang berjaya dalam pelajaran, namun masih ramai juga graduan Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah bertahun-tahun menggenggam diploma ataupun ijazah.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang sebenarnya dikhususkan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera telah sekian lama dibuka kepada golongan bukan Bumiputera dengan kuota sepuluh peratus. Begitu juga dengan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga menjadi medan serangan golongan yang dengki ini. Tidak cukup dengan kuota sepuluh peratus, akhirnya kerajaan bersetuju kuota bukan Bumiputera dinaikkan sehingga 45 peratus, walhal sebenarnya hak biasiswa untuk anak-anak Melayu telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan juga. Kalau mengikut Perlembagaan, semua anak Melayu patut menerima biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan belajar. Tetapi kita masih bersikap “baik” dan menerima kehadiran kaum bukan Bumiputera yang kebanyakannya sangat mampu untuk menampung pendidikan anak-anak mereka itu dalam arena pembahagian biasiswa.

Negara kita sahajalah satu-satunya negara yang masih membenarkan sekolah berasaskan kaum wujud lagi di dunia ini. Sekolah Jenis Kebangsaan masih begitu banyak di sini, walaupun tiada pun Sekolah Kebangsaan Melayu lagi. Yang ada untuk orang Melayu adalah Sekolah Kebangsaan sahaja. Cuba lihat Thailand dan Indonesia, walaupun negara mereka mempunyai kaum Cina yang agak ramai, namun mereka semua diserapkan dalam sistem sekolah yang sama, tiada Sekolah Jenis Thai atau Indonesia dan sebagainya. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah  ini di Malaysia pun masih membenarkan penggunaan bahasa asal kaum mereka, kalau di Indonesia semuanya hanya bertutur bahasa Indonesia tidak mengira kaum apa sekalipun, serupa juga yang berlaku di Thailand. Sebenarnya toleransi Melayu memang cukup baik dan sangat besar. Bukan hendak mengungkit, tetapi ini adalah realitinya.

Kita bukan hendak mengungkit sikap mereka yang pelik ini, tapi ini adalah sebagai amaran dan persediaan untuk orang Melayu. Lihat sikap mereka (orang bukan Melayu) sejak akhir ini. Apabila kita orang Melayu bersuara untuk pertahanan Melayu termasuklah konsep ketuanan Melayu, mereka menganggap orang Melayu bersikap diskriminasi dan rasis terhadap mereka. Konsep ketuanan Melayu itu sengaja diputarbelit oleh mereka sendiri untuk menunjukkan kita orang Melayu telah dan akan menindas bangsa mereka. Namun bila sampai masa berbincang tentang hak-hak kaum mereka seperti sekolah vernakular, mereka bermati-matian ‘mempertahankan’ hak mereka itu dan mengecam orang Melayu untuk menghapuskan bangsa mereka. Jadi siapa yang rasis di sini? Jika ada sebarang cerita atau masalah yang menguntungkan kaum mereka, itu tidak dinamakan diskriminasi atau rasis, tetapi apabila dibincangkan tentang ketuanan Melayu, mereka mengatakan Melayu begitu rasis! Sudah sampai masanya orang Melayu bersatu dan menunjukkan kita bukan bangsa yang pengecut dan bacul. Sampai bila kita hanya mahu menjadi jaguh bersuara, tanpa ada sebarang tindakan? Buang jauh-jauh rasa rendah diri dalam diri kita, kuatkan semangat dan marilah kita semua menunjukkan suatu pengajaran yang berguna kepada mereka yang alpa ini!

Mereka yang begitu kurang ajar ini sudah merasakan negara ini mereka kuasai, mereka sombong kerana masih ramai Melayu yang miskin berbanding dengan anak-anak mereka yang kecil-kecil sudah merasa nikmat kekayaan yang melimpah-ruah. Kesombongan mereka sudah dipalit dengan perasaan dengki dan rasa tidak puas hati dengan kebangkitan orang Melayu dalam arena ekonomi dan sosial jua. Kita lihat sikap mereka sejak kebelakangan ini, sejak dari pilihanraya umum 2008 lalu dimana mereka (sesetengah kaum bukan Bumiputera) telah menunjukkan kesombongan mereka apabila memenangi banyak kerusi di Parlimen mahupun di dalam dewan undangan negeri. Sejak itu mereka mula menunjukkan diri mereka yang sebenar dan mula menjadi begitu kurang ajar dan melampau, apabila mempersoalkan hak-hak istimewa Melayu, ketuanan Melayu, isu sekolah vernakular-kebangsaan, malah meeka juga berani mempersoalkan tentang kedudukan agama Islam seperti dalam kisah Majlis Peguam yang terang-terangan mengguris hati orang Islam.

Kesimpulannya, kita orang Melayu tidak harus sesekali melupakan sejarah, kerana orang yang melupakan sejarah akan mengulanginya.

 

Sabtu, 17 Januari 2009

Israel: Negara Yang Haram

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan 
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. 

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. 

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: 

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran 

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. 

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini. 

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam 

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya . 

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud: 

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku". 

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. 

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. 

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu . 

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam 

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. 

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. 

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan. 

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh . 

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. 

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian. 

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. 

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi: 

Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290. 
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394. 
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582. 
Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370. 
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut. 
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420. 
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444. 
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540. 
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu. 
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. 

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka. 

Mengapa Yahudi Ditindas? 

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. 

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. 

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. 

Disebut dalam Talmud lagi: 

Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. 
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. 
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. 
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba. 

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi 

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia. 

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya. 

Penutup 

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. 

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: 

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". 

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#

(dipetik daripada www.darulnuman.com)

Selasa, 13 Januari 2009

Kita nak buat apa?

Seperti yang dijangkakan, Israel masih belum berhenti menggodam bumi Palestin. Semakin ramai telah terbunuh dek serangan Yahudi pengecut dan bacul ini. Apa yang kita harapkan, semoga Allah mengurniakan kebesaran mati Syahid kepada saudara kita yang terkorban di sana...insyaAllah. Kita di sini pula masih boleh lagi bertepuk tampar, bergelak tawa dan bersenggol-senggolan antara satu sama lain. Jadi apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di sana? Adakah cukup hanya dengan berdemonstrasi dan memegang sepanduk mengutuk Yahudi sahaja?
Ada orang yang memberi pendapat kita boleh memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika Syarikat untuk menunjukkan kuasa protes kita kepada kezaliman ini. Namun adakah protes kita akan berjaya? Adakah dengan protes kita Yahudi akan behenti menghentam umat Islam? Saya rasa tidak, malah perbuatan memboikot hanya akan merugikan kita semula. Tidak bermakna di sini saya menyokong Israel atau Amerika, tetapi sebenarnya tindakan memboikot hanya akan merugikan kita semua. Saya ada beberapa sebab:
Tindakan memboikot barangan Amerika Syarikat akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia secara total dan pantas. Contohnya, kalau kita betul-betul hendak memboikot barangan mereka, bukan sekadar hanya KFC atau PizzaHut yang patut diboikot malah produk-produk penting seperti cip Intel juga harus diboikot! Jadi kalau kita hendak boikot Intel, kita hendak guna cip apa? AMD? AMD juga sebuah syarikat Amerika. Kita tidak boleh hipokrit dalam hal ini kerana kalau asyik melaungkan "kami tidak akan menggunakan Colgate, tak akan singgah ke KFC dan lain-lain" tetapi pada masa yang sama masih pakai telefon bimbit Motorola (USA), cip Intel (USA), komputer HP/Dell (USA)!!!! Bukankah itu hipokrit? Hipokrit adalah salah satu ciri munafik, ini yang kita takut.
Satu lagi masalah besar, kalau kita hendak betul-betul boikot, sekarang ini kita harus mengarahkan semua syarikat multinasional Amerika dan sekutunya yang menyokong Israel keluar dari Malaysia. Habis, cuba bayangkan berapa ratus ribu pekerja akan hilang pekerjaan, tidak termasuk lagi kesan negatif kepada ekonominegara yang sangat dasyat! Adakah kita mahu lihat negara ini terumbang-ambing dalam keadaan ekonomi dunia yang sedia meleset sekarang ini?
Dan kesan yang paling besar adalah pemboikotan barangan Malaysia! Kalau kita boikot Intel, Motorola, KFC dan sebagainya, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Minyak sawit, getah, balak Malaysia akan dipulaukan dan tidak dibenarkan untuk perdagangan antarabangsa. Kita harus ingat jika ini berlaku, alamatnya Malaysia tidak akan bertahan lama! Komoditi Malaysia akan diharamkan secara tidak langsung oleh Amerika melalui proksi Zionis untuk menghancurkan kita. Kita juga harus ingat satu fakta ini; rakan terbesar perdagangan Malaysia adalah Amerika Syarikat! Memboikot secara langsung terang-terangan hanya meruntuhkan ekonomi Malaysia secara langsung.
Harus juga diingat masih banyak persenjataan tentera kita dibeli dari negara luar, khususnya Amerika Syarikat. Jadi kalau hendak betul-betul boikot, maka takkanlah kita nak buangkan segala senapang M-16 kita dan pesawat pejuang Hornet ke dalam laut begitu sahaja? Itu tindakan yang tidak realistik. Malah baru-baru ini Malaysia sudahpun setuju untuk membeli sejumlah besar rifel baru untuk tentera kita, rifel jenis M4 Carbin yang juga merupakan buatan/paten daripada Amerika Syarikat. Perbuatan memboikot secara langsung sebenarnya langsung tidak menguntungkan kita malah akan merugikan negara.
Cara yang lebih baik untuk menekan Amerika Syarikat atau Israel bukan dengan memboikot tetapi menggunakan kaedah tekanan perdagangan secara tidak langsung. Sebagai contoh, kita boleh mempergiatkan perdagangan dengan negara-negara lain seperti Rusia, China, Iran dan sebagainya sebagai tanda protes secara tidak langsung. Contoh mudah dapat kita lihat apabila Malaysia membeli pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM daripada Rusia. Sebenarnya tindakan Malaysia ini adalah suatu tekanan kepada Amerika Syarikat supaya lebih adil dalam hal-hal pembelian alatan persenjataan kepada Malaysia. Malaysia telah membeli sejumlah pesawat F/A-18D Hornet daripada Amerika dalam tahun 90-an. Namun yang peliknya Amerika telah menahan sejumlah teknologi penting atau persenjataan penting untuk kegunaan pesawat tersebut (peluru berpandu AMRAAM AIM-120 yang mempunyai jarak sederhana). Jadi tindakan Amerika ini mengecewakan Malaysia dan selepas itu Malaysia mempunyai kecenderungan untuk memiliki pesawat buatan Rusia (Malaysia telahpun memiliki Mig-29N buatan Rusia pada tahun 1994). Cara ini lebih realistik untuk menekan Amerika untuk berlaku lebih adil kepada negara-negara lain daripada terus hentam keromo memboikot barangan mereka.

Ahad, 4 Januari 2009

Sampai bila Palestine jadi begini....???

Tentera darat Israel sudahpun memulakan serangan darat di Gaza. Sebelum ini serangan udara rejim Yahudi Laknatullah ini dahpun mengorbankan ramai anak-anak kecil dan orang awam yang tidak bersalah. Makin ramai wanita menjadi janda, kanak-kanak menjadi yatim piatu. Sekali Israel mengamuk, bukan seorang dua terkorban tetapi habis semua orang dijadikan sasaran.

Jangan sesekali kita lupa bahawa Israel terlaknat ini sudah begitu ramai membunuh rakyat Palestine. Tentera Israel dengan angkuh memijak bumi suci Baitulmaqdis dengan kaki kotor Yahudi mereka dengan tujuan menghina orang Islam. Sudah begitu lama Palestin disembelih oleh golongan Zionis ini. Masalahnya sampai bila?

Adakah kita hendak tunggu suatu saat dimana Masjid Al-Aqsa dirobohkan secara total oleh tentera Yahudi baru kita hendak bertindak? Perlukah kita terus tunggu dan lihat? Adakah kita ini Muslim yang begitu lemah sehinggakan pak-pak Syeikh Arab yang kaya-raya di sana hanya membisu bagai singa yng tiada kuku. Jangan sampai masa dimana habis semua orang Palestin dihalau dan disembelih baru hendak bertindak.

Kita disini sebagai orang Muslim mungkin tiada kuasa untuk menghancurkan Israel secara total, tetapi kita harus yakin dengan kekuasaan Allah. jadi marilah kita sama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita di sana. Berdoalah kepada Allah agar diberikan kekuatan kepada para syuhada dan pejuang kita di sana.